12 Rajah
12.1 menunjukkan satu litar elektrik. Kadaran kuasa mentol Z adalah “6.0 V,
6.0 W” manakala kadaran kuasa mentol X dan
mentol Y adalah “2.4 V, 3.0 W”.
Apabila
suis dimatikan, bacaan voltmeter adalah 6.0 V, dan apabila suis dihidupkan, bacaan voltmeter adalah 4.8 V.
Rajah 12.1
(a) (i) Namakan
kuantiti fizik yang diukur oleh voltmeter ketika suis
dimatikan.
[1
markah]
(ii) Beri sebab mengapa bacaan voltmeter
berkurangan apabila suis dihidupkan.
[1 markah]
(iii) Terangkan keadaan nyalaan mentol Z
apabila suis dihidupkan.
[2 markah]
(b) Mentol X, Y dan Z dibiarkan menyala
selama 5 minit.
Hitung
tenaga haba yang dilesapkan dalam mentol Y.
[3 markah]
(c) Anda diberi dua mentol P dan Q yang
mempunyai kadaran kuasa yang sama dengan
mentol X dan Y.
Dengan menggunakan sel kering dalam Rajah 12.1, lukis gambarajah litar untuk keempat-empat mentol itu supaya mentol-mentol
itu boleh menyala dengan kecerahan normal apabila suis dihidupkan.
Beri
satu sebab untuk susunan mentol yang anda lukis itu.
[3 markah]
(d) Rajah 12.2 menunjukkan model penghantaran
tenaga elektrik ke sebuah
rumah dengan menggunakan transformer dan kabel
penghantaran.
Rajah 12.2
Jadual 12
menunjukkan ciri-ciri bagi model penghantaran tenaga elektrik
yang berbeza.
Model penghantaran tenaga elektrik
|
Jenis transformer X
|
Jenis transformer Y
|
Bahan untuk kabel penghantaran
|
Kadar pengembangan kabel penghantaran
|
K
|
Injak turun
|
Injak naik
|
konstantan
|
tinggi
|
L
|
Injak naik
|
Injak turun
|
aluminium
|
rendah
|
M
|
Injak turun
|
Injak turun
|
aluminium
|
tinggi
|
N
|
Injak naik
|
Injak naik
|
konstantan
|
rendah
|
Jadual 12
Kaji
spesifikasi keempat- empat model penghantaran tenaga elektrik itu.
Terangkan
kesesuaian setiap spesifikasi untuk kesemua model penghantaran tenaga elektrik dan tentukan
model yang paling sesuai digunakan bagi penghantaran
tenaga elektrik yang selamat dan efisien.
Beri
sebab untuk pilihan anda.
[10
markah]
No comments:
Post a Comment